18 Mac bermulanya cuti sekolah, kami ambil kesempatan untuk ke Gold Coast, Australia. Australia adalah negara yang paling sesuai untuk membawa anak-anak berlibur kerana negaranya yang aman, selamat tiada pencopek, pemandangan persisir pantai yang panjang sebab ia pulau dan haiwan-haiwan yang comel dan jinak seperti kangaroo dan koala bear.
Pemandangan dari tingkap kapal terbang bandar
Gold Coast, Australia.
Paling menarik ialah akan diadakan sukan Commenwealth pada tahun yang sama. Maka segala persiapan infranya cukup kemas dan teratur.
Sampai sahaja di Gold Coast, kami sewa kereta untuk ke apartment sewaan di Surface Paradise. Di sini banyak apartment, hotel dan bunglow homestay yang boleh dipilih. Harganya amat berpatutan.
Kami pilih apartment yang betul-betul mempunyai pemandangan menghadap ke lautan Pasifik. jangan cuba-cuba nak surf di sini, sebab ia lautan terbuka dan ombaknya kuat.
Kira macam pasar malam lah disini. Kiri dan kanan penuh gerai-gerai jual cenderahati dan kraftangan.
CARRARA MARKET
Di Gold Coast terdapat banyak pasar. Tetapi pasar yang terbesar ialah Carrara Market. Apabila sampai di sini banyak makanan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dibeli. Tetapi untuk daging halal boleh sahaja kita dapatkan di kedai butcher shop sekitar bandar. Di pasar ini juga banyak dijual souvenior, kasut dan pakaian yang murah.
Banyak dijual buah-buah sitrus tempatan. Harga jauh lebih murah dari di negara kita. Saya pun ambil kesempatan ini membeli pelbagai buah untuk hidangan sihat kami sekeluarga.
HARBOUR TOWN FACTORY OUTLET GOLD COAST
Seperti premium outlet di negara-negara lain, Harbour Town Factory Outlet juga mengandungi 240 buah kedai-kedai barangan yang berjenama. Ia lebih selesa untuk dikunjungi kerana hanya setingkat bangunan dan parking fee nya adalah percuma. Buka dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Di sini minyak wangi pelbagai jenama di jual dengan harga yang murah 30% daripada harga sebenar. Restoran makanan halal kebab, burger dan sebagainya amat mudah di dapati.
CITY BOTANICAL GARDEN

Kawasannya luas di sepanjang Sungai Brisbane. Disini terdapat Wheel yang besar dan Chinatown Brisbane. Hubby sewa kereta di Gold Coast dan melalui lebuhraya ke Brisbane. Brisbane lebih sibuk berbanding Gold Coast. Pada petangnya kami pulang ke Gold Coast.
Eye Of Wheel di Brisbane.
Landscape memang superb. Disini pun ada dijual makanan-makanan halal untuk dinikmati oleh anak-anak.
Bila naik wheel tu macam ni lah pemandangan sungai Brisbane.
TAMBORINE MOUNTAIN
Gunung ini terletak dalam kategori kawasan Taman Negara yang ke-3 tertua di dunia dan bersempadan antara Gold Coast dengan Brisbane. Mendaki Gunung Tamborine hanya semata-mata untuk menikmati deck view Sky Walk di puncak gunung yang amat cantik. Di sini juga kita boleh melihat habitat semulajadi koala bear. Pendakian bermula dengan checkpoint bangunan yang memaparkan galeri unggsa-unggas dan flora fauna yang ada di kawasan hutannya. Mudah didaki kerana ada track pejalan kaki dan view seperti lukisan tidak akan membosankan anak-anak.
SURFACE PARADISE
Berhampiran dengan apartment kami memang banyak supermarket dan restoran halal. Goldens Lagends Malaysia kerap dikunjungi pelancong dari Malaysia kerana makanan yang sedap dan halal seafood.
SEAWORLD GOLD COAST
Kalau hendak dibandingkan dengan di Hong Kong, Hong Kong punya Sea World adalah 5 kali ganda lebih besar dan lebih banyak yang boleh kita lawati.
Setiap polar bear di sini di berikan nama.
Boleh juga melihat ikan jerung dari dekat.
Masa kecil-kecil dulu selalu tengok di televisyen RTM 1. Tak sangka sebenarnya muzium Ripleys ni memang wujud dan beliau suka mengumpul barangan lama yang pelik-pelik.
CURRUMBIN WILDLIFE SANCTUARY
Paling anak-anak excited ialah di Currumbin. Di sini disediakan padang rumput yang luas, bersama dengan kangaroo-kangaroo yang jinak untuk kita beri makan.
Di samping itu kita boleh memegang Koala Bear untuk bergambar kenangan. Alahai jinak macam kucing dan pemalu rupanya. Kita boleh lihat sendiri bagaimana habitat haiwan-haiwan ini hidup.
Anak-anak boleh belajar juga dengan haiwan-haiwan tempatan yang lain.
Selain itu parrot tempatan pun boleh kita beri makan.
SURFACE PARADISE RIVER CRUISE
Menyusuri sungai Gold Coast, memang indah dan di latar belakangkan bunglow-bunglow mewah bersama bot-bot mereka. Anak-anak gembira apabila dihidangkan dengan buah-buahan dan biskut. Pelancong tempatan, India dan China banyak menaiki bot bersama kami.
WARNER BROS MOVIE WORLD
Taman tema ini menyediakan taman-taman berkonsepkan filem keluaran Warner Bross seperti Batman, Cat Woman, Superman dan sebagainya. Perarakkan watak-watak berkostum bermula pada jam 12 tengahari. Paling best Scooby Doo. Nostalgia zaman kanak-kanak pun bermula mengikut zaman sehingga tema kartun terkini.
Amboi, anak-anak seronok bergambar dengan kereta sebenar Batman. π
DREAMWORLD
Berhampiran dengan Warner Bross adalah taman tema Dreamworld. Taman ini lebih popular buat anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah kerana permainan yang lebih selamat.
WET WORLD
Bersebelahan dengan Dream World kami lepaskan lelah di taman tema air terbesar di Australia iaitu Wet World. Apa yang menariknya adalah ombak buatan seperti semulajadi yang membuatkan anak-anak mummy tak mahu balik. π
SURFACE PARADISE OBSERVATION DECK
Ia merupakan bangunan tertinggi dengan ketinggian dar aras lantai setinggi 230 meter. Di atasnya kita boleh menikmati 360 darjah panorama persisir pantai Surface Paradise.
Selain menikmati panorama berkaca kita juga boleh memanjat anak tangga di luar bangunan untuk mereka yang berani tahap gaban. π
π
No comments:
Post a Comment