Pages

Dubai Bandar Futuristik

Perjalanan kami ke Dubai dengan menaiki bas dari Abu Dhabi ialah selama 1 jam 20 minit dengan jarak sejauh 153 km. Suhu di Dubai pada bulan Oktober adalah 35 darjah Celcius. 

Apa yang menarik tentang Dubai adalah Dubai mempunyai banyak monumen-monumen untuk dilawati. Berikut adalah lawatan tempat di Dubai yang kami lawati :

1. Dubai Future Museum



Rekabentuk futuristik bangunan ini adalah berbentuk cincin (torus) dengan lubang di tengahnya yang membawa maksud "tidak tahu tentang masa hadapan". Tulisan kaligrafi arab itu adalah puisi yang ditulis oleh Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum. Manakala fungsi bangunan ini ialah sebagai pusat ilmu membangunkan bidang inovasi sains dan teknologi dengan mempamerkan pameran berbentuk interaktif di masa hadapan bagi tahun 2071.


2. Dubai Frame


                 

Dubai Frame terletak di bersebelahan Taman Zabeel iaitu taman awam yang terbesar di tengah-tengah bandaraya Dubai. Berbentuk seperti bingkai gambar dengan ketinggian 150 meter, menyajikan pemandangan yang indah apabila pengunjung menaiki puncaknya. Jambatan kaca pada lantai bingkai tersebut menampakkan panaroma indah bumi Dubai untuk ditatapi keseluruhannya.

3. Burj Khalifa




Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai 160 tingkat dan setinggi 828 meter. Fungsi bangunan ini menempatkan pejabat, ruang kediaman, restoran, kediaman, hotel dan dek pemerhati. Bangunan ini melambangkan kemewahan Dubai dari sektor dagang pengeluar minyak dan pelancongan komoditi utamanya. Untuk menemukan bangunan ini kita hendaklah masuk ke dalam Dubai Mall (yang di dalamnya ada gergasi billboard eletronik dan dibawahnya ada akuarium penuh dengan ikan-ikan). Selepas merentasi Dubai Mall kita akan bertemu dengan pintu di aras 1 yang membawa kita ke taman yang luas dimana di situ tempatnya Burj Khalifa didirikan.


Boleh bertukar-tukar warna menyebabkan kelihatan bangunan ini bertambah cantik dan menarik di pandang.

3. The Souk




Souk Dubai melihatkan satu panorama yang amat indah di mana banyak bot-bot membawa pelancong belayar di sungainya. Souk Dubai melambangkan elemen komersial dagangan dari estetik nilai sejarah, budaya dan perdagangan.





Surau yang disediakan.



                                                  
Souk bermaksud pasar. Pasar emas menjual barangan kemas yang mewah dan bermutu tinggi. Pasar emas di Souk Dubai ini juga merupakan pasar jualan emas yang terbesar di dunia.







Barangan lain yang dijual di pasar tradisional ini ialah jubah, safron, rempah ratus, barangan rumah dan cenderahati yang unik. Barangan paling murah untuk didapatkan berbanding dengan tempat-tempat yang lainnya.




Paling best sekali shopping perfume di UAE, sebab harga murah sangat. Pergi 1 bag balik bertambah beg-beg. Harga murah sebab UAE adalah negara pengeluar minyak wangi utama dunia. Kayu-kayan untuk menghasilkan minyak wanginya adalah berkualiti tinggi di hasilkan dari ladang yang luas dipengaruhi oleh faktor cuaca yang menggalakkan pertumbuhan pokok-pokok di sepanjang musim.



4. Bangunan-bangunan lain





Sepanjang perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai, memang ada sahaja bangunan-bangunan pencakar langit dengan rekabentuk dan kemasan yang mewah-mewah belaka. Ada kondominium-kondominium yang kemasannya berkilau seperti emas, ada bagunan tinggi yang melengkong rekabentuknya dan pelbagai rekabentuk melambangkan sebuah bandar yang moden melangkaui masa. Siapa sangka padang pasir yang tandus boleh menjadi sebuah negara yang paling maju di dunia. Aku terpegun dan terpaku dengan kemajuan sains dan teknologi negara UAE. Terima kasih kenangan terindah dengan kamu semua yang dapat saya abadikan dalam blog saya ini.






No comments:

Post a Comment