Pages

APABILA HOBI KITA MELANCONG !



Mereka yang melancong dikira melakukan ibadah? Tanggapan bahawa ibadah itu hanya di tikar sejadah amatlah disalahertikan. Melancong ataupun makan angin sangat digalakkan di dalam Islam. Islam tidak melarang untuk melancong, asalkan tidak melanggar syarak atau membawa kepada dosa. 😊

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)



Percutian bersama keluarga juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang dan memberi ruang masa berkualiti untuk bersama. Memandangkan anak-anak semakin membesar maka banyak yang mereka boleh pelajari dari pengalaman yang dikutip di sepanjang perjalanan. Malah ini turut diterapkan dalam subjek-subjek di sekolah yang dipelajari seperti geografi, sejarah, reka bentuk teknologi dan sains.

Di samping itu anak-anak lebih berdisiplin dan bijak mengendalikan wang di sepanjang perjalanan. Kematangan akan mendewasakan mereka dengan menjadikan ikhtibar dari budaya di negara yang mereka lawati untuk diterapkan dalam nilai-nilai murni seharian apabila berada di tanahair sendiri.

Pada setiap negara yang telah kami lalui, dengan pelbagai perubahan musim, pelbagai kerenah sempadan, pelbagai bahasa dan pelbagai budaya, alhamdullillah anak-anak lalui dengan sabar dan tabah.

Cuti sekolah yang panjang selalunya kami manfaatkan bersama dengan melancong dalam dan luar negara. Di samping hobi melancong ini, anak-anak akan teruji dengan kepintaran mereka menulis postcard, mengumpul setem, mengumpul matawang dan memberikan lebih banyak idea untuk membuat karangan.


Tentang ibadah soal solat dan makanan minuman yang halal dan haram anak-anak sudah terbiasa menjalani kehidupan sebagai muslim di sepanjang perjalanan kami. Perkara ini tidak perlu dipersoalkan lagi kerana Di Mana Bumi Di Pijak, Di Situ Langitkan Dijunjung.


Hong Kong


Singapura


Thailand


Indonesia


Australia


Korea


Jepun


Turki










No comments:

Post a Comment