Pages

CHINA ; BERCUTI KE BEIJING

 
Mengapa China menjadi destinasi pilihan melancong yang pertama untuk membawa anak-anak? Ini disebabkan khazanah sejarah tamadun yang wujud berabad lamanya untuk menjadi tauladan dan ikutan anak-anak. Untuk keperluan tersebut, di sini banyak aktiviti-aktiviti melibatkan berjalan kaki dan memerlukan kasut sukan yang sesuai serta cuacanya yang kering dan nyaman amat sesuai bagi kita nikmati percutian keluarga.

1. Great Wall Of China


Beijing adalah destinasi yang paling sesuai untuk melihat keagungan salah satu binaan 6 wonders world The Great Wall of China. Tujuan utama kami ke Beijing adalah untuk merasai sendiri pengalaman mendaki The Great Wall of China serta melihat istana teragung iaitu Forbidden CitySelain daripada itu, Beijing juga menawarkan tempat-tempat yang tidak terdapat di bandar-bandar lain di China seperti Tiananmen Square, Temple of Heaven, Summer Palace dan juga penganjur Sukan Olimpik 2008 (Stadium Sarang Burung dan Water Cube).


Tembok besar China telah dibina semenjak tahun 220 BC (iaitu sebelum tahun Masihi) bagi tujuan keselamatan dan mempertahankan negara China daripada serangan pihak utara oleh Maharaja Qin (iaitu Maharaja pertama yang berjaya menyatukan seluruh China). Berdasarkan kajian terbaru oleh ‘China’s State Administration of Cultural Heritage’, bukti menunjukkan bahawa jarak sebenar tembok besar ini adalah semakin memanjang sejauh 21,196km.

2. Tiananmen Square



Senarai aktiviti yang boleh dibuat:
  1. Upacara menaikkan bendera di Tiananmen Square merupakan salah satu aktiviti yang wajib di hayati.
  2. Tiananmen Tower – juga dikenali sebagai ‘The Gate of Heavenly Peace’ adalah lambang kebangsaan China. Menara ini dibuka setiap hari dari jam 8.30AM – 5PM dan bayaran masuk dikenakan sebanyak CNY15 dewasa.
  3. Great Hall of the People – adalah dewan persidangan untuk tujuan politik oleh Parti Komunis China serta acara kebudayaan. Bagi yang berminat, dewan ini dibuka kepada pengunjung mengikut musim dan bayaran masuk dikenakan sebanyak CNY30 dewasa.
  4. Mao Zedong Memorial Hall – adalah tempat persemadian Mao Zedong iaitu pengerusi Parti Komunis China dari tahun 1943 sehingga kematiannya tahun 1976. Ideologi beliau sangat terkenal iaitu Maoism jika anda masih ingat dalam Sejarah dunia.
  • Entrance fee: Tiada bayaran dikenakan untuk ke dataran (kecuali diatas) tetapi setiap pengunjung perlu melepasi pemeriksaan keselamatan yang ketat.
  • Plan to stay: ½ jam




3. Beijing Olympic Park




Stadium ini telah menjadi gelanggang utama Sukan Olimpik pada tahun 2008. Kos pembinaannya telah menelan perbelanjaan sebanyak US$33 juta dollar dan merangkumi keluasan 25.8 hektar. Terdapat sebanyak 80,000 tempat duduk sehingga 11,000 lagi tambahan jika ada permintaan.
  • Did you know: Stadium ini mampu menahan gempa bumi sehingga 8 Skala Richter magnitud. Pada kemuncak pembinaannya, seramai 9000 pekerja dikerahkan pada waktu itu. Pembinaan stadium ini menempatkan semula seramai 4707 orang penduduk dari 2043 rumah di sekelilingnya.
Shopping memang heaven di China. Selain kain sutera, item lain yang saya suka ialah ubat-ubatan dari China yang tidak dapat di negara kita. Barangan logam seperti pisau amat berkualiti. Tetapi mustahil untuk luggage. Selain itu batu jade yang berkualiti dan rekabentuk yang cantik juga boleh diperolehi.



No comments:

Post a Comment