Musim Bunga di KOREA berlaku pada bulan April hingga Mei setiap tahun. Musim bunga menjadi tumpuan ramai kerana ia adalah musim yang sangat cantik dan juga masa yang paling sesak dengan pelancong dari seluruh dunia datang ke Korea.
Musim ini adalah musim bunga Cherry Blossom sedang berkembang dan selalunya pakej percutian pada musim ini agak mahal berbanding 3 (tiga) musim yang lain. Anak-anak begitu teruja di sini memandangkan Korea adalah tempat lahirnya TAEKWANDO.
1. MUSIM DI SEOUL, KOREA:
Musim panas (Summer) : Jun - Ogos (suhu 25⁰C)
Musim luruh (Autumn) : September - November (suhu 19⁰C)
Musim sejuk (Winter) : Disember - Februari (suhu 3⁰C)
Musim bunga (Spring) : Mac - Mei (suhu 17⁰C)

Musim ini adalah musim bunga Cherry Blossom sedang berkembang dan selalunya pakej percutian pada musim ini agak mahal berbanding 3 (tiga) musim yang lain. Anak-anak begitu teruja di sini memandangkan Korea adalah tempat lahirnya TAEKWANDO.
1. MUSIM DI SEOUL, KOREA:
Musim panas (Summer) : Jun - Ogos (suhu 25⁰C)
Musim luruh (Autumn) : September - November (suhu 19⁰C)
Musim sejuk (Winter) : Disember - Februari (suhu 3⁰C)
Musim bunga (Spring) : Mac - Mei (suhu 17⁰C)
Bagi ibu bapa yang bawa anak bercuti bersama dan usia anak di bawah 12 tahun, untuk makluman di Korea tiada klinik 24 jam seperti di Malaysia. Maka, ubat Green Cough seperti gambar di atas sesuai sebagai ubat batuk, selsema dan lelah. Malah fungsinya adalah sama seperti ubat Adezio yang ada jual di Malaysia. Pastikan ibu-ibu sentiasa membawa bersama ubat untuk anak-anak ketika bercuti.
2. TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL
NAMSAN TOWER
Menara yang terletak di atas bukit. Sambil memanjat bukit kita dapat menikmati pemandangan yang indah di sekitar Bandar.
Naik lift pergi ke atas menara dan boleh bergambar di situ.
Anak-anakku gembira bergambar dengan replika beruang panda yang comel
EVERLAND
Merupakan taman tema terbesar. Elakkan pergi pada bulan Mac memandangkan pada waktu tersebut merupakan cuti sekolah musim panas. Banyak rombongan sekolah dan akan menyebabkan bertaur panjang untuk menaiki satu-satu permainan.
Dalam Everland ini ada banyak taman tema sebenarnya. Salah satu yang paling anak-anak gemari ialah mini safari. Kita boleh tour dengan bas dan melihat sendiri haiwan dengan dekat seperti beruang, girafah, kuda belang, harimau dan banyak lagi.
Bangunan-bangunan di dalamnya berkonsepkan english garden, rusia, morocco dan dengan dipenuhi bunga tulip yang berwarna-warni.
CHEONGGYE RIVER
Air sungainya mengalir deras dan bersih. masyarakat Seoul suka bersiar-siar dan bersenam di kaki lima sepanjang sungai ini. di bawah jambatan ada satu galeri khas yang menempatkan lukisan pelukis-pelukis tempatan. Kebersihan dan kualiti sungai menjadi keutamaan Seoul untuk menarik pengunjung.

Bergambar kenang-kenangan
dengan suami tercinta❤️❤️❤️
dengan suami tercinta❤️❤️❤️
Pulau Nami atau nama di kalangan penduduk tempatan dikenali sebagai ‘Namisoem’ merupakan pulau kecil yang berbentuk seperti bulan separa dan terletak di sebatang sungai. Pulau ini terletak di daerah Chunchoen dan memang tidak dinafikan bahawa pulau ini mempunyai landskap yang teramat cantik sehingga sentiasa menjadi kewajipan tumpuan bagi pelancong yang datang ke Korea. Apa yang menariknya apabila kita menyelusuri taman-taman di dalam pulau ini, ia membawa kenangan indah dalam penceritaan drama Winter Sonata. So, its real ok. Contohnya meja ketika mereka bermain snowman itu ada dibina disini. Pelancong akan merasa seperti wujud sebenar-benarnya watak-watak dalam drama tersebut. Untuk ke pulau ini kita boleh menaiki ferri atau siapa yang sukakan adventure boleh sampai dengan paragliding.
Feri yang menjadi pengangkutan utama ke Nami Island
Ini lah dia meja dalam drama Winter Sonata tu.
Statue of King Sejong terletak di antara Sejongno dengan Gwanghwamun Plaza di tengah-tengah Bandar Korea Selatan. Ia dibina pada kurun ke 15 diraja Korea, Sejong The Great, merupakan raja paling terkenal dalam catatan sejarah Korea. Replika patung ini juga menjadi satu landmarks buat Negara korea. Pada tahun 2009, ia dikenali sebagai "South Korea's most iconic statue.
GYEONGBOKGUNG PALACE
GYEONGBOKGUNG PALACE
Istana Gyeongbokgung merupakan istana diraja yang terbesar dibina pada zaman dinasti Joseon. Keseluruhan bangunan istana dibina pada tahun 1395, Gyeongbokgung Palace terletak di tengah-tengah bandar Seoul (juga dikenali sebagai Hanyang). Bangunan istana ini sebenarnya dibina secara berperingkat-peringkat dan mengandungi 5 Grand Palaces (di antara istana-istana kecil didalamnya ialah Gyeonghuigung Palace, Deoksugung Palace, Changgyeonggung Palace, Changdeokgung Palace), Gyeongbokgung istana utama pada era zaman dinasti Joseon. Rekacipta bangunan istana ini berkonsepkan istana-istana di Negara Jepun kerana arkiteknya adalah dari Jepun.
Peta yang menunjukkan kandungan bilik-bilik di dalam kawasan istana.
Ini adalah singgahsana di dalam istana tersebut.
DONGDAEMUN MARKET
Pasar ini dikenali sebagai syurga makanan. Jika menjejakkan kaki ke pasar ini apa yang penting untuk dibawa pulang ialah kimchi dan pelbagai makanan seafood yang telah dijeruk. Pasar inilah yang perlu di ulang banyak kali disebabkan makanan stall street halal food yang tidak pernah jemu untuk dinikmati.
Mee tarik yang dibuat sendiri oleh auntie muslim ini memang sedap. Bertambah-tambah anak-anak mummy makan.
NAEMDAEMON MARKET
Pasar ini terdapat makanan-makanan ringan, seperti kacang, gula-gula, kuih tradisional, pakaian dan barangan dapur.

Hinggakan di luar bangunan kiri kanan jalan di limpahi dengan kedai-kedai. Memang banyak pilihanlah di sini.
SUNGNYEMUN GATE
Pintu pagar masuk ini menyajikan perbarisan askar-askar diraja tepat pada jam 12:00 tengahari sekiranya anda bernasib baik tiba di muka pintu pagarnya. Hanya bertentangan jalan dengan Naemdaemon Market dan memudahkan untuk sampai dengan berjalan kaki.
Suamiku bergambar dengan hulubalang istana.
MYEONDONG STREET
Ia seperti sebuah pasar malam di 4 penjuru jalan. Makanan halal amat mudah untuk didapatkan di sini. Perkhidmatan polis pelancong yang pandai berbahasa Indonesia sentiasa sudi membantu. Disinilah tempat kota fesyen kasut dan baju yang paling murah. Seperti baju yang saya pakai fesyen dalam cerita Winter Sonata.


Ada ais krim tinggi macam di Hokaido tu.
KWANJAN MARKET
Pasar ini menawarkan banyak pakaian, kasut dan keronsang buatan tangan yang berkualiti serta harga yang murah. Souveniuors pun boleh dibeli secara borong di sini. Untuk maklumat tambahan, batu permata Korea adalah paling terbaik untuk keronsangnya kerana berdasarkan warna dan kilauannya.
DONDAEMUN STREET
Di sekitar bandar boleh didapati banyak monument-monument patung yang tersergam. Seoul menanmpakkan budaya dan kesenian melalui ukiran-ukiran sculpture moden di sekitar bandar. Di sini kita kena berhati-hati memilih makanan halal.

Kalau di luar negara replika-replika seni sebegini memang banyak dihalalkan.
BOSINGAK
Bosingak merupakan sebuah loceng besar yang di tempatkan di dalam sebuah bangunan. Merupakan tradisi masyarakat disini membunyikan loceng pada satu ketika dahulu. Ia betul-betul terletak di tengah bandar berhampiran dengan istana diraja.
TAEHWAGANG GRAND PARK
Di sinilah taman yang terbesar di Seoul. Pokok cherry blossom di kiri kanan jalan rimbun dipenuhi bunga. Pelbagai warna menghiasi landskapnya. Kalau hendak melihat warga Seoul berlibur di jalan berbasking dan menyanyi, menjual kraftangan taradisional dan merasai makanan seperti jagung bakar dan wafle, disinilah tempatnya. Anda tidak mungkin menyesal bila bawa anak-anak berkunjung ke sini.
BANGUNAN MODERN DI SEOUL
Di bandar Seoul, banyak bangunan dan sculpture moden dibina. banyak gedung-gedung membeli belah yang hebat rekabentuknya boleh didapati hanya berjalan disekitar bandar sahaja.
Di kiri dan kanan jalan ada banyak kedai-kedai makan halal. Lebih kurang 20 buah restoran. Pekan ini merupakan pekan yang terbesar mempunyai makanan halal. Disini juga terletak masjid terbesar di Korea. Tapi hati-hati melintas yer, sebab jalannya yang berbukit-bukit.
Masjid yang terletak di daerah Itaewon, Jalan Usadan, Distrik Yongsan, Seoul. Masjid ini mulai dibangun tahun 1974 dan menjadi masjid terbesar dari 10 masjid yang berdiri di Korea Selatan.
15.4.2018 Catatan terindah dari bumi Seoul, Korea.
Salam Sejahtera,
ReplyDeleteSaya Saiful dari www.naracards.com
Boleh saya tahu bagaimana nak hubungi melalui email?
Terima kasih
Hi,
ReplyDeleteKami dari Naracards.com
kami membantu orang ramai travel ke Korea secara sendiri tanpa travel agen.
Adakah awak berminat untuk joing program affiliate kami?
Sila layari https://www.naracards.com/affiliate.html
Terima kasih