Pages

SINGAPURA ; PUSAT LIBURAN ANAK-ANAK DI USS











Pertama kali bercuti dengan anak-anak di taman tema USS (Universal Studio Singapore) memang menyeronokkan. Kami ambil exspress pass supaya tidak perlu beratur panjang. 


Kami bertolak dari Johor Bahru melalui tambak Johor pada pagi hari dan sampai di USS lebih kurang jam 9 pagi. Kalau drive hari Ahad semua daerah dalam Singapura kereta plat Malaysia boleh masuk. Taman tema ini saiznya amat memuaskan hati. Sebab habis ride semua elok-elok habis pukul 5 petang. Kemudahan makanan halal dan solat disediakan. Memudahkan kita bawa anak-anak beriadah dan menghabiskan masa sehari suntuk di dalam USS untuk menikmati semua permainan yang ada.


Boleh repeat banyak kali ride untuk satu-satu permainan. Kalau Transformers ni memang banyak kali repeatlah. Sebab anak-anak mahu merasakan aksi seperti dalam filem transformers.


Sebenarnya kami pergi ke USS ni dah 2 kali. Semasa perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina. tapi saya lebih gemarkan suasana krismas di USS. Sebab hiasan yang sungguh meriah dan ada snow buatan turun dari bumbung canopy.














Hari berikutnya saya bawa anak-anak untuk menikmati Zoo di Singapore. Singapura memang terkenal dengan kebersihannya. Zoo pun kemas dan bersih. Inilah pertama kali anak-anak dapat melihat beruang polar.



No comments:

Post a Comment