Pages

ADAM HARIS DUTA MALAYSIA DI INTERNATIONAL PENDIK CHILDREN FESTIVAL TURKI 2018


Adam dilantik sebagai Duta Kecil Malaysia di 'PENDIK' International Children's Festival untuk tahun 2018. Berbaris bersama Gabenor Istanbul (Datuk Bandar) semasa majlis perarakkan dan perasmian. Tahniah Adam, mummy dan papa bangga dengan kejayaan Adam.


2018 INTERNATIONAL PENDIK CHILDREN FESTIVAL di anjurkan oleh badan NGO CIOFF dengan kerjasama UNESCO. Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan Malaysia dengan kebudayaan dari segi tarian, permainan tradisional dan makanan di peringkat antarabangsa.


Perjalanan dengan penerbangan Emirates mengambil masa selama 13 jam dari Malaysia ke Istanbul. Maka, Doha menjadi tempat transit selama 2 jam.
Berikut itenerari yang telah diberikan oleh penganjur di Turki. Selain terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan, anak-anak juga berpeluang untuk tour around the city  dan menaiki Bosphorus Cruise mengelilingi perairan Istanbul. Semuanya diberikan secara percuma kepada duta kecil ini.


Inilah sijil antarabangsa yang akan diperolehi oleh Adam dan rakan2xnya sempena mewakili Malaysia di Istanbul, Turki.


Dengan mengikuti aktiviti Kelab Seni & Kebudayaan dan memperolehi Sijil antarabangsa membuatkan Adam mendapat skor markah kokorikulum tertinggi di sekolah.


Alhamdullillah, rezeki anak-anak dapat menaiki Bosphorus Cruise secara percuma dihadiahkan oleh kerajaan Turki. Kapal ini mengelilingi perairan Turki dengan menyelusuri bahagian Eropah dan Asia.




Adam dan keluarga angkat Madam Nebahat Sunar.




Mengikut kalender Turki, 23 April adalah hari sambutan kanak-kanak.
Maka, pelbagai persembahan tarian, permainan tradisional getah dan gasing ditunjukkan oleh kontijen negara.




Mini Attartuk adalah merupakan sebuah legoland. Kontijen dari Malaysia di taja sepenuhnya penginapan dan percutian di Turki.


Lawatan ke Masjid Hagia Sophia.


Adam Haris sebagai Duta Kecil Malaysia di rumah Gabenor Pendik bersama dengan duta-duta kecil dari 17 buah negara yang lain.


Kami sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada keluarga Madam Nebahat Sunar, Kelab Seni Kencana ( Cikgu Mior, Cikgu Rosli , Cikgu Zuraida ) Cikgu Tipah, Cikgu Mimie, Kelab Kebudayaan & Kesenian SKPP11 (2),  Guru Besar dan guru2x lain yang banyak memberi ruang, peluang, sokongan dan bimbingan buat Adam.

Semoga bertemu lagi.




2018 : MUSIM BUNGA DI KOREA


Musim Bunga di KOREA berlaku pada bulan April hingga Mei setiap tahun. Musim bunga menjadi tumpuan ramai kerana ia adalah musim yang sangat cantik dan juga masa yang paling sesak dengan pelancong dari seluruh dunia datang ke Korea. 



Musim ini adalah musim bunga Cherry Blossom sedang berkembang dan selalunya pakej percutian pada musim ini agak mahal berbanding 3 (tiga) musim yang lain. Anak-anak begitu gembira di sini memandangkan Korea adalah tempat lahirnya TAEKWANDO.




1. MUSIM DI SEOUL, KOREA:

Musim panas (Summer) : Jun - Ogos (suhu 25⁰C)
Musim luruh (Autumn)  : September - November (suhu 19⁰C)
Musim sejuk (Winter)    : Disember - Februari (suhu 3⁰C)
Musim bunga (Spring)  : Mac - Mei (suhu 17⁰C)


2. TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL

Namsan Tower



Everland




Cheonggye River



Nami Island


Statue Of King Sejong

Gyeongbokgung Palace






Insadong Market



Naemdaemon Market



Sungnyemun Gate


Myeondong Street


Kwanjan Market



Dondaemun Street

Bosingak



Taehwagang Grand Park



Bangunan Modern di Seoul



Itaewon




15.4.2018 Catatan terindah dari bumi Seoul, Korea.