Memandangkan cuti sekolah hujung tahun yang panjang, maka bila pulang ke kampung di Kedah kami akan ke Thailand. Pintu masuk ke Thailand melalui Perlis ialah di Padang Besar atau pun melalui Wang Kelian. Tak sampai ke Bangkok selalu duit habis dah di sempadan. Shopping pelbagai barangan keluaran negara Thailand seperti gajus, selimut, periuk belanga dan mainan (alahai ni benda wajib bila bawa anak-anak)
Zoo di Thailand boleh drive through. Kiranya sama standard dengan zoo di Bandung-Jakarta. You can feed the animals from inside of your vehicles. Haiwannya pulak besar-besar dan amat jinak. Kau orang boleh bayangkan ala-ala safari ler gitu.
Patung tugu mermaid ni pula di Hatyai. Hatyai terkenal dengan pesisir pantainya yang panjang. Suasana angin laut yang sejuk dan halal food memang awesome sangat di sini. Di samping itu Hatyai juga mempunyai Floating Market yang panjang di tepi sungai.
No comments:
Post a Comment