Pages

TIPS MENABUNG UNTUK MELANCONG


1) SEDIAKAN TABUNG

Sediakan tabung yang dikhususkan hanya untuk melancong. Pastikan  setiap minggu dapat masukkan duit ke dalam tabung mungkin sebanyak RM50 (mengikut kemampuan tuan/puan). Atau pun buat tabungan secara harian seperti gambar yang telah saya sertakan dibawah. Nilai tabungan hendaklah sepadan dengan target destinasi percutian yang kita inginkan. Mesti disiplin. Jangan asyik nak beli tudung jer 😁. Sikit-sikit menabung lama-lama jadi bukit juga.

2) BUAT KERJA SAMPINGAN

Kalau hendak duit lebih dan cepat kenalah buat kerja tambahan seperti kerja part-time ; jual tupperware, jual make up, jual aksesori, jual mesin penapis air, sertai MLM dan buat jualan pre love. Tidak dinafikan mungkin akan letih sebab siang dan malam bekerja tapi begitulah lumrahnya hendak mencari pendapatan lebihπŸ’°. Ataupun buat perniagaan secara online. Selepas waktu bekerja di siang hari bolehlah mulakan business online pada sebelah malam hari. Ia amat mudah dengan hanya bekerja dari rumah dan tidak perlu keluar malam. Maka dengan ini kita tidak akan kelihatan letih untuk bekerja pada esok hari.

3) PATUHI SENARAI BELANJAWAN

Untuk pastikan kita tidak akan tersasar ketika berbelanja, maka kita perlu kawal untuk tidak berbelanja perkara yang tidak perlu. Oleh itu, kita perlu buat satu senarai perbelanjaan. Belanjawan ialah anggaran pendapatan yang diperolehi dan perbelanjaan yang akan dibuat untuk suatu tempoh masa tertentu dimasa akan datang. Senaraikan kos-kos barang keperluan seperti makanan, bil-bil eletrik, telefon, IWK, cukai dan air, belanja persekolahan anak dan lain-lain yang penting sahaja πŸ“‹.

4) KORBANKAN KEHENDAK BUKAN KEPERLUAN

Trend hari ini ramai yang suka food hunting dengan mencuba viral food yang kosnya agak mahal juga πŸ”. Cuba gantikan tabiat ini dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Seperti saya amalkan, saya hanya memasak di rumah biarpun pada hujung minggu. Diet keseimbangan makanan dan kesihatan perlu diamalkan dengan mematuhi pyramid makanan. Ini disebabkan kalau hendak bercuti kenalah jaga kesihatan juga. Berpuasa adalah lebih baik. Selain sebagai 1 ibadah, dengan berpuasa juga akan melatih perut kita untuk menerima makanan secara berjadual. Ini menjadikan satu latihan rutin bagi tempoh pengambilan makanan  apabila kita berada di luar negara nanti. Di samping itu, negara-negara yang kita lawati tidak semudah untuk kita mendapatkan bekalan nasi.

5. MAIN KUTU
Ini pun salah satu cara yang menyeronokkan dan mudah. Disebabkan bercuti secara berkumpulan dengan kawan-kawan, maka kaedah inilah yang paling sesuai. Di samping, itu duit kutu boleh digunakan sebagai pendahuluan apabila adanya tiket tambang murah. Jangan ada kawan yang tak mahu bayar bila tiba giliran sudah ler. Part ni scary. πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa-apa pun, InshaAllah semoga dipermudahkan usaha tuan/puan untuk menyimpan dan dimurahkan rezeki mengembara untuk melihat ciptaan dan kebesaran Allah. Sekiranya kita mempunyai niat, disiplin dan cita-cita yang tinggi pasti akan kecapi apa yang kita impikan. Bagi mereka yang hendak mencuba tips yang saya kongsikan ini, saya ucapkan selamat berjaya!πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻



No comments:

Post a Comment