29 Nov hingga 11 Dis 2018, Jepun menjadi destinasi pilihan anak-anak menyambut ketibaan cuti persekolahan. Negara matahari terbit ini menjadi pilihan utama Haikal disebabkan kemajuan teknologi dan budayanya yang unik. Manakala, Sara begitu teruja dengan bumi kelahiran Doraemon & Shin Chan. Sedangkan, Adam pula peminat karaktor superhero Ultraman & Dragon Ball.
Jepun ada empat (4) musim; iaitu Musim Bunga (Mac-Mei) Musim Panas (Jun-Ogos) Musim Luruh (September-November) dan Musim Sejuk (Disember-Februari). Mengikut kalender Jepun, terdapat tempoh masa yang dipanggil “Golden Week” iaitu cuti selama tujuh (7) hari sempena cuti umum iaitu pada 29 April, 3,4 dan 5 Mei. Pada tarikh tersebut lebih elok elakkan travelling pada masa puncak di tempat-tempat pelancongan di Jepun kerana keadaan yang padat dan sesak.
Setelah merasai Musim Bunga di Korea pada bulan Mac yang lalu, maka kali ini musim luruh dan sejuk dengan purata suhu mencecah 14C sehingga -6C kami nikmati di Jepun.
Dengan menaiki ANA Airline, Gunung Fuji dapat dilihat dari jendela perut kapal terbang yang dinaiki apabila hampir mendarat di bumi Jepun. Sebab tu kena pilih seat tepi tingkap.
Ueno Park
Gunung Fuji
Tasik Gawaguchiko
Oze National Park
Itenerari perjalanan kami kali ini ialah ke Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Hokaido dan Hashima-Shi Gifu selama tiga belas (13) hari. Disebabkan musim sejuk yang melanda bumi Saporro, maka pakaian sebanyak 3 lapisan kami kenakan. Pakaian tersebut ialah Long John(tights), Shirts & Winter Coat.
Selain itu aksesori seperti sarung tangan, topi, scarf dan stokin adalah wajib dipakai pada sepanjang masa berada di sini terutamanya di Hokaido. Ini bertujuan untuk mengelakkan angin sejuk masuk ke dalam badan terutamanya buat anak-anak.
Shinkansen Super Express (Bullet Train)Kereta api merupakan alat pengangkutan penting di Jepun, terutama untuk menghubungkan di antara bandar-bandar utama. Manakala, komuter pula digunakan di dalam bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka. Jalanraya memang tak sesak tapi trainnya cukup sesak.
Ini ketika kami didalam Shinkansen Train. Dalam keretapi ini ada juga dijual kudap-kudapan.
1. TOKYO
Tokyo Disneyland
Menariknya Disneyland di Jepun berbanding di Hong Kong ialah lebih banyak taman tema berkarakter kartun Disney di dalamnya dan keluasannya adalah dua kali ganda lebih besar. Apa yang penting ialah istana Disneynya lebih real dan besar. Maka, bolehlah anak saya Sara berangan menjadi puteri-puteri Disney bila berkunjung di sini.
Sensoji Temple
Gundam in Odaiba
Gundam merupakan robot animasi dalam rancangan televisyen di Jepun yang bertajuk "Mobile Suite Gundam" dan merupakan salah satu karakter dalam permainan PS4.
Wonders of Japan - Selain Disneyland & Disneysea di Tokyo yang tiada duanya di dunia, kali ini kami bawa anak-anak ke satu lagi taman tema di Jepun iaitu Universal Studio Japan (USJ). Sejak ditubuhkan pada 2001, pengunjung tidak pernah kecewa apabila ke USJ. Kemuncak bermula apabila USJ secara rasminya membuka The Wizarding World of Harry Potter. Tema ini dikatakan hampir 100% sama seperti berada di dalam filem sekuel Harry Potter kerana kewujudan Black Lake dan kehadiran burung hantu sebenar di sekeliling istana Hogwarts yang tidak dapat dirasai di mana-mana Universal Studio di dunia termasuk di Orlando & Hollywood. Berbanding dengan USS, USJ adalah dua kali ganda lebih besar dan dibuka hingga 9:30 malam.
Osaka Aquarium
Osaka Castle
Jika bertuah dan tepat pada waktunya kita mungkin dapat menikmati persembahan tentera samurai di perkarangan halaman istana.
Dotonbori
Selain longkang yang bersih penutup manhole pun cantik juga.
3. KYOTO
Sagano Bamboo Forest
Waktu malamlah yang paling ramai pengunjung menikmati keindahan di sini, bersuhu dingin dengan pohon-pohon buluh setinggi 15meter dan daun-daun buluh berdesiran di tiup angin. Suasana disini cukup nyaman dan tenang.
Fushimi Inari Taisa (orange gate)
Fushimi Inari Taisha adalah sebuah kuil yang sehingga kini masih digunakan sebagai tempat peribadatan agama Shinto. Walaupun bangunan utamanya merupakan sebuah kuil, tetapi apa yang lebih popular di sini adalah deretan pintu-pintu gerbang yang dibina khas dengan warna merah dan hitam dan dikenali sebagai Torii, yang didirikan berderetan di sekeliling kompleks kuil yang berbukit ini. Apabila kita terus menyelusuri jalannya, kita telah mendaki Bukit Inari, setinggi 233 meter.
Nishiki Market
Nishiki hanya sebuah pasar yang menjual pelbagai seafood dari hasil lautannya, sayur dan buah-buahan tempatan. Berhampiran dengan Nishiki Market ada persimpangan ke Teramachi Street & Shinkyogoku Street yang menawarkan cenderahati termurah di Jepun.
4. NAGOYA
Nagoya Castle
Dibina pada permulaan era Edo, Istana Nagoya merupakan antara istana yang terbesar di negara Jepun. Memasuki kawasan dalam istana ini pula, kita dapat melihat rekaan dalamannya yang cukup moden, ruangan dalaman istana ini kini digunakan sebagai muzium pameran kehidupan pejuang Jepun, Samurai.
Nagoya Science Museum
Nak tahu di mana letaknya salah satu planetarium yang terbesar di dunia? Ini lah dia Nagoya Science Museum. Memang puaslah dapat melihat pertunjukkan fenomena astronomi pada skrin sfera gergasi di sini. Selain planetarium ini, anak-anak juga dapat melihat pelbagai pameran saintifik dan interaktif seperti Tornado Lab, Deep Freezing Lab dan Electric Discharge Lab. Dengar pun macam best kan? Kalau dah sampai, rugilah tak bawa anak-anak singgah.
Nagashima Onsen Illumination Light
Pesta cahaya di sambut di Osaka adalah yang paling cantik dan menarik untuk dinikmati bersama dengan anak-anak terutamanya di waktu malam. Pesta cahaya ini diadakan bertujuan mengingati kejadian gempa yang mengorbankan ratusan rakyat Jepun. Di samping pesta yang cantik derma amal juga di adakan bagi membantu keluarga mangsa gempa. Taman Nishinomaru ini bermandikan cahaya illumination dan ada juga terowong cahaya yang terpanjang.
5. HOKAIDO
Hokkaido merupakan salah satu pulau yang terbesar terletak di negara Jepun. Dalam peta Jepun, Pulau Hokkaido terletak di utara Jepun.
Mount Hakodateyama
Tempat paling popular untuk merasai keindahan salji ialah di gunung Hakodateyama dengan ketinggian 334m dari aras laut.
Tempat paling popular untuk merasai keindahan salji ialah di gunung Hakodateyama dengan ketinggian 334m dari aras laut.
Shirakawago
TAKAYAMA; Pada Disember 1995 perkampungan Shirakawago telah dikategorikan sebagai perkampungan kebudayaan oleh UNESCO. Perkampungan tradisonal ini terletak di tengah-tengah dua banjaran gunung-ganang. Rumah-rumah dibuat dari kayu dan sememangnya tumpuan pelancong di musim sejuk.
Snow Sclupture at Sapporo Snow Festival
Salain daripada replika yang di perbuat dari ais, di sini juga berlangsungnya Shiroi Koibito Park Air Jump. Banyak negara yang menyertai pertunjukkan ini yang terletak di tengah-tengah bandar Sapporo. Setiap tahun acara ini disambut pada bulan Februari di mana pada ketika itu salji sedang turun dengan lebatnya dan dipenghujung musim salji sebelum bertukarnya musim bunga pada bulan Mac nanti.
6. HASHIMA-SHI, GIFU
Apa pun bagi saya, percutian dengan anak-anak akan menjadi lebih bermakna dengan meninggalkan kenangan terindah dalam hidup mereka sebagai tatapan di hari kemudian.
Semoga pengalaman kami ini akan menjadi panduan buat anda yang hendak bercuti ke Jepun.
6. HASHIMA-SHI, GIFU
11.12.2018 - 私の心は原宿です
Hatiku Di Harajuku
Hatiku Di Harajuku
Peta di atas adalah sebagai panduan bagi anda yang hendak ke Jepun.
Assalamualaikum sis, boleh Sy dptkan email sis.. kalau xkeberatan boleh tak sis share itinerary trip ke Japan.
ReplyDeleteSalam sis. Actually saya tiada proper itinerary. Di sbbkn keadaan cuaca yg tidak menentu banyak plan yg dibuat secara ad hoc. Namun perjalanan saya sememangnya beemula di Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Hokaido, Hashima-Shi Gifu dan perjalanan saya berakhir di Tokyo.
ReplyDeleteHi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Pun ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219