Pages

Dubai Bandar Futuristik

Perjalanan kami ke Dubai dengan menaiki bas dari Abu Dhabi ialah selama 1 jam 20 minit dengan jarak sejauh 153 km. Suhu di Dubai pada bulan Oktober adalah 35 darjah Celcius. 

Apa yang menarik tentang Dubai adalah Dubai mempunyai banyak monumen-monumen untuk dilawati. Berikut adalah lawatan tempat di Dubai yang kami lawati :

1. Dubai Future Museum



Rekabentuk futuristik bangunan ini adalah berbentuk cincin (torus) dengan lubang di tengahnya yang membawa maksud "tidak tahu tentang masa hadapan". Tulisan kaligrafi arab itu adalah puisi yang ditulis oleh Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum. Manakala fungsi bangunan ini ialah sebagai pusat ilmu membangunkan bidang inovasi sains dan teknologi dengan mempamerkan pameran berbentuk interaktif di masa hadapan bagi tahun 2071.


2. Dubai Frame


                 

Dubai Frame terletak di bersebelahan Taman Zabeel iaitu taman awam yang terbesar di tengah-tengah bandaraya Dubai. Berbentuk seperti bingkai gambar dengan ketinggian 150 meter, menyajikan pemandangan yang indah apabila pengunjung menaiki puncaknya. Jambatan kaca pada lantai bingkai tersebut menampakkan panaroma indah bumi Dubai untuk ditatapi keseluruhannya.

3. Burj Khalifa




Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai 160 tingkat dan setinggi 828 meter. Fungsi bangunan ini menempatkan pejabat, ruang kediaman, restoran, kediaman, hotel dan dek pemerhati. Bangunan ini melambangkan kemewahan Dubai dari sektor dagang pengeluar minyak dan pelancongan komoditi utamanya. Untuk menemukan bangunan ini kita hendaklah masuk ke dalam Dubai Mall (yang di dalamnya ada gergasi billboard eletronik dan dibawahnya ada akuarium penuh dengan ikan-ikan). Selepas merentasi Dubai Mall kita akan bertemu dengan pintu di aras 1 yang membawa kita ke taman yang luas dimana di situ tempatnya Burj Khalifa didirikan.


Boleh bertukar-tukar warna menyebabkan kelihatan bangunan ini bertambah cantik dan menarik di pandang.

3. The Souk




Souk Dubai melihatkan satu panorama yang amat indah di mana banyak bot-bot membawa pelancong belayar di sungainya. Souk Dubai melambangkan elemen komersial dagangan dari estetik nilai sejarah, budaya dan perdagangan.





Surau yang disediakan.



                                                  
Souk bermaksud pasar. Pasar emas menjual barangan kemas yang mewah dan bermutu tinggi. Pasar emas di Souk Dubai ini juga merupakan pasar jualan emas yang terbesar di dunia.







Barangan lain yang dijual di pasar tradisional ini ialah jubah, safron, rempah ratus, barangan rumah dan cenderahati yang unik. Barangan paling murah untuk didapatkan berbanding dengan tempat-tempat yang lainnya.




Paling best sekali shopping perfume di UAE, sebab harga murah sangat. Pergi 1 bag balik bertambah beg-beg. Harga murah sebab UAE adalah negara pengeluar minyak wangi utama dunia. Kayu-kayan untuk menghasilkan minyak wanginya adalah berkualiti tinggi di hasilkan dari ladang yang luas dipengaruhi oleh faktor cuaca yang menggalakkan pertumbuhan pokok-pokok di sepanjang musim.



4. Bangunan-bangunan lain





Sepanjang perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai, memang ada sahaja bangunan-bangunan pencakar langit dengan rekabentuk dan kemasan yang mewah-mewah belaka. Ada kondominium-kondominium yang kemasannya berkilau seperti emas, ada bagunan tinggi yang melengkong rekabentuknya dan pelbagai rekabentuk melambangkan sebuah bandar yang moden melangkaui masa. Siapa sangka padang pasir yang tandus boleh menjadi sebuah negara yang paling maju di dunia. Aku terpegun dan terpaku dengan kemajuan sains dan teknologi negara UAE. Terima kasih kenangan terindah dengan kamu semua yang dapat saya abadikan dalam blog saya ini.






Dari Pasir Salak Ke Abu Dhabi ; Standing In The Eyes Of The World.

Dua projek inovasi hasil usaha 9 (sembilan) orang pelajar MRSM Pasir Salak dibawah bimbingan tiga orang guru, telah berjaya menyertai pameran Expo- Sciences International (ESI2025) bertempat di ADNEC (Abu Dhabi National Exhibition Centre) yang telah berlangsung daripada 29 September sehingga 1 Oktober 2025. 

Dua projek inovatif daripada pelajar-pelajar MRSM Pasir Salak ialah:

1. Pil Pleco, Pil Kalsium daripada sisa ikan bandaraya; dan

2. Eco Pellet, baja organik daripada sisa dapur. 

Acara tahunan ini merupakan anjuran ACTVET - Abu Dhabi Centre for Technical and Vocational Education Training dengan kolaborasi The International Movement for Leisure Activities in Sciences and Technology (MILSET). 

ESI 2025 yang merupakan expo sains terbesar rantau Asia yang juga berstatus antarabangsa ini turut disertai oleh lebih 35 buah negara. Antaranya dari Arab Saudi, Bahrain, India, Hong Kong, Turki, Oman, Kanada dan banyak lagi. 

Para peserta turut diberi peluang mempamerkan budaya negara dengan mempersembahkan tarian, membuat pertunjukkan teh tarik dan memperkenalkan kuih tradisional Malaysia. 

⁠Semoga semua wakil pelajar daripada MRSM Pasir Salak dapat menimba pengalaman baru dan berjaya mengharumkan nama Maktab, MARA dan seterusnya negara Malaysia di persada antarabangsa. 


Wakil Pelajar MRSM Pasir Salak:

1. Alya Maisarah binti Mohd Zaidi

2. Muhammad Danish Iman bin Ahmad Daud

3. Muhammad Afiq Syazwan bin Mohd Khairiazli

4. Muhammad Rayyan Zafri bin Che Amat

5. Amirah Adni Suraya binti Mohd Ramdhan

6. Ahmad Danial Ahmad Farizal

7. Muhammad Hariz bin Azwan

8. Lisa Ariana binti Syazril Shah

9. Haifa Insyirah binti Mohd Khairul Azuan 


Guru Pengiring:

1. Puan Mahfuza binti Mansor

2. Puan Saidah Nafisah binti Zulkipli

3. Puan Anis Afzan binti Abdul Razak 


Wakil Ibu Bapa

1. Puan Masni binti Mohd Samuri


Gambar menunujukkan bunting bagi delegasi MRSM Pasir Salak ke Ekspo Sains.





3 bulan sebelum ke Ekspo Sains tersebut, Alya Maisarah dan kawan-kawannya membuat eksperimen sains di makmal Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak ditemani Cikgu Saidah Nafisah binti Zulkipli.

26 September 2026 ; Jumaat


Gambar ketika kami di Klia. Terima kasih papa izinkan mommy teman Alya ke Abu Dhabi.



Bonding time together mommy and baby mommyπŸ₯° bila dapat pergi bersama untuk ekspo sains di Abu Dhabi.


Penerbangan dengan Etihad Airline EY419 mengambil masa selama 6 jam. Menariknya makanan memang semua sedap belaka dan ear plug, penutup mata, earphone bantal dan selimut semua disediakan. Malah kerusi direka khas dengan pelapik kepala yang cukup selesa buat saya dan anak tanpa rasa letih dalam penerbangan serta krew anak kapal yang peramah buat kenangan yang indah bersama Etihad Airline.


Flight Path Kuala Lumpur Ke Abu Dhabi.


Gambar Alya dan kawan-kawanya di dalam perut kapal terbang.



Guru-guru pengiring dari Jabatan Sains MRSM Pasir Salak ; Cikgu Anis, Cikgu Mahfuza dan Cikgu Nafisah (dari kiri ke kanan)


Dashboard tersedia cable type C dan plug untuk cas handphone sambil layan movie-movie terbaru dan info-info terkini.


Makanan yang dihidangkan amat sedap dan ada banyak pilihan, seperti set nasi dan ayam masak lemak, set sphagetti dan ayam serta set stew daging dan brokoli. Air pula pilihan jus buah seperti oren, apple dan tomato.


Hampir mendarat, kelihatan buminya yang tandus diliputi luasnya padang pasir.


Zayed International Airport baru dibina selama 2 tahun dan merupakan mercu tanda gah dan kebanggaan Abu Dhabi. Kerana rekaannya yang futuristic (bermaksud menerangkan tentang rekabentuk yang sangat moden melangkaui masa hadapan dengan cetusan idea yang inovatif dari segi rupa, rekabentuk dan fungsi dalam elemen-elemen pembinaannya)




False ceiling dengan lampu chandelier gergasi yang memukau pemandangan sebaik sahaja sampai di bahagian bagasi.



Bergambar kenangan dengan CEO ESI dan kumpulan peserta celik dari SK Presint 11(1) bersama guru pengiring mereka Cikgu Saharuddin.


Malaysia paling ramai hantar peserta iaitu 40 orang. Kami bergambar beramai-ramai di hadapan hotel penginapan.



 
 
Capital Suites ini ialah apartment hotel yang kami menginap selama 1 minggu, dimana dilengkapi dengan supermarket yang besar memudahkan untuk membeli belah. Mesin basuh lengkap dengan dryer juga disediakan.


Keluar rumah waktu Malaysia pukul 5 pagi, sampai ke Abu Dhabi pukul 5 petang sedangkan waktu di Malaysia ketika itu adalah pukul 9 malam. 12 jam kami tidak tidur memandangkan waktu di Abu Dhabi sebenarnya lewat 4 jam dari Malaysia.



Pemandangan dari bilik hotel kami menghadap sungai dan shopping mall.


27 September 2025 hingga 3 Oktober 2025


Gambar di hadapan ADNEC Hall di mana semua peserta dari 35 negara berkumpul di sini mempamerkan hasil kreatif pembangunaan ciptaan sains dan teknologi mereka.


Hari-hari jalan kaki dalam 15 minit dari hotel ke ADNEC Hall dalam panas matahari yang terik dengan semangat yang kental, berazam untuk menang award buat MRSMPS dan Malaysia.




Booth bernombor 638 dalam zon unggu.



Gambar di atas menunjukkan booth kami yang mewakili MRSMPS dari kumpulan 2 bagi projek Eco Pellet, baja organik daripada sisa dapur. 


Ini pula gambar kumpulan 1 bagi projek Pil Pleco, Pil Kalsium daripada sisa ikan bandaraya. 






Ada juga yang berkaitan dengan kerjaya saya seperti ciptaan inovatif dari pelajar negara ini sendiri iaitu UAE yang bertajuk Sustainable Highways Revitalizing Roads With Recycled Plastics.


Di antara lain ciptaan mereka yang menarik minat saya juga ialah 
Dual Source Water Production Pod Designed For Energy Efficiency. 




Selain pameran ada juga seminar-seminar yang saya hadiri untuk menambah pengetahuan tenteang teknologi-teknologi terkini yang digunapakai di UAE.


                               






Ini pula antara food review yang dihidangkan di Abu Dhabi sarapan pagi, makan tengahari dan malam di hotel dan semasa di pameran tersebut.



Selain membentangkan berkaitan projek sains, pelajar juga dikehendaki membuat persembahan kebudayaan pada hari akhir sebelum penutup dihadapan delagasi dari semua 35 negara yang hadir.




Live telecast masuk siaran televisyen UAE dan terpampang pada LED skrin pentas lagi.










Bersaing dengan peserta-peserta dari 35 buah negara di dunia ini, alhamdullillah akhirnya Gold Award berpihak kepada MRSM Pasir Salak. Ini adalah pertama kalinya pelajar-pelajar dari MRSM Pasir Salak di hantar untuk mewakili Malaysia dan kemenangan ini adalah julung pertama kalinya tercatat dalam sejarah sekolah/maktab MRSM Pasir Salak. 

ANUGERAH YANG DIMENANGI OLEH MRSM PASIR SALAK :

GOLD MEDAL AWARD







PROGRAM LAWATAN DI ABU DHABI :

1. TEAM LAB FENOMENA

                
 

        Senibina bentuk bangunan Art Digital Gallery yang unik.




Dalam itenarary yang penganjur sediakan memang ada 3 kali trip dan salah satunya ialah ke Team Lab Phenomena iaitu pusat lukisan digital yang baru dibuka dalam 2 bulan lepas.

2. Tour Safari Desert



 
Trip seterusnya kami ke Safari Desert. Harga masuk 100 dirham/person. Dekat sini boleh naik ATV, boleh naik unta, bergambar dengan helang, menikmati BBQ, naik jip meredah padang pasir dan juga ada persembahan kebudayaan.






3. Melawat Masjid Sheikh Zayed 


Trip terakhir kami di Abu Dhabi adalah di Sheikh Zayed iaitu merupakan masjid ketiga terbesar di dunia. Sebelum melawat masuk ke masjid, pastikan anda dapatkan pass masuk yang diberikan secara percuma di dalam kawasan mall berhampiran. Kami datang tepat jam 3:00 petang setelah selesai solat Jumaat.



Apa yang menarik berkaitan masjid ini ialah, senibinanya menggabungkan kemegahan dan keunikan pengaruh Islam tradisional kerajaan Parsi, Mughal dan Moor dengan elemen moden.



Masjid ini dibina dengan bahan binaan dari batu marmar bewarna putih dan batu pasir berwarna merah.



Selain rekabentuknya yang unik, masjid ini juga mempunyai lampu gantung kristal yang terbesar di dunia. Juga masjid ini menghamparkan hand tufted carpet yang terluas didunia yang dihasilkan oleh negara Iran. 




Kapasiti jemaah yang mampu ditempatkan dalam masjid ini dalam satu masa ialah melebihi 40,000 orang.





Menara setinggi 130 kaki di masjid ini menapakkan lagi kecantikkan binaannya.




Sebelum tirai persekolahan 2025 berlabuh, maka ini adalah program terakhir yang disertai oleh Alya Maisarah sebelum melangkah ke MRSM bitara untuk perjuangan seterusnya. Terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama daripada Puan Pengetua, Puan Rosmurni Binti Abdul Aziz dan guru-guru jabatan sains MRSMPS iaitu Cikgu Mahfuza binti Mansor, Cikgu Saidah Nafisah binti Zulkipli dan Cikgu Anis Afzan binti Abdul Razak yang bertungkus lumus membantu menjayakan projek ini. Terima kasih atas memori dan kenangan yang indah buat saya dan anak saya jua.