Pages

ISTANBUL, TURKI ; BANDAR KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

ADAM HARIS DUTA MALAYSIA DI INTERNATIONAL PENDIK CHILDREN FESTIVAL TURKI


Adam Haris dilantik sebagai Duta Kecil Malaysia di 'PENDIK' International Children's Festival untuk tahun 2018. Berbaris bersama Gabenor Istanbul (Datuk Bandar) semasa majlis perarakkan dan perasmian. Tahniah Adam, mummy dan papa bangga dengan kejayaan Adam.


Adam Haris sebagai Duta Kecil Malaysia dan Pegawai CIOFF menyerahkan cenderahati kepada Gabenor dan Datuk Bandar Istanbul, Turki.


Adam Haris bersama Gabenor Istanbul pada 2018 INTERNATIONAL PENDIK CHILDREN FESTIVAL. Masuk suratkhabar anak mummy.


Mengikut kalender Turki, 23 April adalah hari sambutan kanak-kanak. Maka, INTERNATIONAL PENDIK CHILDREN FESTIVAL diadakan di peringkat antarabangsa di Istanbul dengan penyertaan 17 buah negara dari serata dunia.


Adam Haris sebagai Duta Kecil Malaysia di rumah Gabenor Pendik bersama dengan duta-duta kecil dari 17 buah negara yang lain.


2018 INTERNATIONAL PENDIK CHILDREN FESTIVAL di anjurkan oleh badan NGO CIOFF dengan kerjasama UNESCO. Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan Malaysia dengan kebudayaan dari segi tarian, permainan tradisional dan makanan di peringkat antarabangsa.



Perjalanan dengan penerbangan Emirates mengambil masa selama 13 jam dari Malaysia ke Istanbul. Maka, Doha menjadi tempat transit selama 2 jam.

Berikut itenerari yang telah diberikan oleh penganjur di Turki. Selain terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan, anak-anak juga berpeluang untuk tour around the city  dan menaiki Bosphorus Cruise mengelilingi perairan Istanbul. Semuanya diberikan secara percuma kepada duta kecil ini.



Inilah sijil antarabangsa yang akan diperolehi oleh Adam dan rakan2xnya sempena mewakili Malaysia di Istanbul, Turki.



Dengan mengikuti aktiviti Kelab Seni & Kebudayaan dan memperolehi Sijil antarabangsa membuatkan Adam mendapat skor markah kokorikulum tertinggi di sekolah.


Alhamdullillah, rezeki anak-anak dapat menaiki Bosphorus Cruise secara percuma dihadiahkan oleh kerajaan Turki. Kapal ini mengelilingi perairan Turki dengan menyelusuri bahagian Eropah dan Asia.



Bosphorus Cruise menyelusuri Selat Bosphorus yang menemukan pertembungan 2 budaya; Eropah dan Asia.




Adam dan keluarga angkat Madam Nebahat Sunar.







Pelbagai persembahan tarian, permainan tradisional getah dan gasing ditunjukkan oleh kontijen negara.





Mini Attartuk adalah merupakan sebuah legoland. Kontijen dari Malaysia di taja sepenuhnya penginapan dan percutian di Turki.


Lawatan ke Masjid Hagia Sophia.



Turki Delights adalah manisan yang boleh didapati di Spice Market di Istanbul. 
Percayalah rasanya amat manis dan sedap.


Akhir kata, kami sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada keluarga Madam Nebahat Sunar, Kelab Seni Kencana ( Cikgu Mior, Cikgu Rosli , Cikgu Zuraida ) Cikgu Tipah, Cikgu Mimie, Kelab Kebudayaan & Kesenian SKPP11 (2),  Guru Besar dan guru2x lain yang banyak memberi ruang, peluang, sokongan dan bimbingan buat Adam.

Semoga bertemu lagi.





No comments:

Post a Comment