Pages

HONG KONG ; PERCUTIAN KE BANDAR MODERN


Tahun 2015, kami bawa anak-anak bercuti jauh sedikit dari kebiasaan. Destinasi kali ini adalah Hong Kong yang terletak di bahagian Tenggara China. Dengan keluasan seluas 426 batu persegi (1104 km persegi) bandar ini merupakan salah satu pusat kewangan, perbankan dan perdagangan utama dunia.


Sejarah Hong Kong (香港) bermula apabila ia menjadi salah satu wilayah Republik Rakyat China. Hong Kong bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan. Pada tahun 1842, Hong Kong pernah menjadi tanah jajahan United Kingdom. Ianya diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997.


Di sebabkan Hong Kong pernah dijajah oleh United kingdom maka bahasa utama kebanyakan rakyat di Hong Kong bertutur dalam bahasa Kantonis dan fasih berbahasa Inggeris.  Hong Kong menggunakan mata wangnya sendiri iaitu Hong Kong Dolar (HKD). Perbezaan waktunya pula adalah hampir sama dengan waktu tempatan di Malaysia.

Selain berperanan sebagai pusat kewangan, perbankan dan perdagangan utama dunia, Hong Kong juga berperanan sebagai pusat pelancongan yang terkenal di China. Terdapat banyak tempat menarik di Hong Kong yang boleh anda lawati seperti ;

1. Madame Tussaud Wax Museum



Ia merupakan satu galeri ukiran patung lilin terbesar didunia dengan pelbagai karakter patung vvip kenamaan. Bangunan ini bersambung dengan menara The Peak yang mempunyai tram untuk naik ke puncak bukit.






2. The Peak Galeria





3. Hong Kong Disneyland









Untuk sampai ke Hong Kong Disneyland ada keretapi laju yang melaluinya. Cuma jalan ke pintu masuknya agak jauh. Seharian di sini sehingga jam 12 malam menikmati persembahan perarakkan dan bunga api yang gemilang bersama karaktor-karaktor kartun Disney.


4. Ocean Park





Ocean Park di sini adalah yang terbaik kerana kedudukannya di sebuah pulau dan apabila kita menaiki cable car kita akan dapat menikmati pemandangan yang indah di kaki bukit. Apabila sampai dipuncak bukit ada deck view yang cantik sambil menikmati makanan halal yang pelbagai pilihan.



Di samping itu kita boleh nikmati pemandangan laut di siling bangunan aquaria.



Ada rumah igloo untuk anak-anak merasai susana sebenar didalamnya selain melihat kehidupan penguin.




5. Avanue Of Stars


Pada petang hari boleh bersiar-siar di sepanjang Avenue Of Stars yang perada di perairan sungai Hong Kong. Di sini ada banyak monumen dan amblum berkaitan dunia perfileman Hong Kong. Di samping itu kita dapat melihat bangunan yang tertinggi di Hong Kong. Manakala, di sebelah malamnya ada pertunjukkan bunga api.









6. Ladies Market 


Ladies Market nama diberi disebabkan barangan jualan kebanyakkannya adalah untuk wanita. Ia merupakan sebuah pasar malam. Di sini juga ada restoran India Muslim.

No comments:

Post a Comment