Pages

JEPUN ; BERCUTI CARA BACKPACKERS JELAJAH JEPUN

29 Nov hingga 11 Dis 2018, Jepun menjadi destinasi pilihan anak-anak menyambut ketibaan cuti persekolahan. Negara matahari terbit ini menjadi pilihan utama Haikal disebabkan kemajuan teknologi dan budayanya yang unik. Manakala, Sara begitu teruja dengan bumi kelahiran Doraemon & Shin Chan. Sedangkan, Adam pula peminat karaktor superhero Ultraman & Dragon Ball.


Jepun ada empat (4) musim; iaitu Musim Bunga (Mac-Mei) Musim Panas (Jun-Ogos) Musim Luruh (September-November) dan Musim Sejuk (Disember-Februari). Mengikut kalender Jepun, terdapat tempoh masa yang dipanggil “Golden Week” iaitu cuti selama tujuh (7) hari sempena cuti umum iaitu pada 29 April, 3,4 dan 5 Mei. Pada tarikh tersebut lebih elok elakkan travelling pada masa puncak di tempat-tempat pelancongan di Jepun kerana keadaan yang padat dan sesak.


Setelah merasai Musim Bunga di Korea pada bulan Mac yang lalu, maka kali ini musim luruh dan sejuk dengan purata suhu mencecah 14C sehingga -6C kami nikmati di Jepun.


Dengan menaiki ANA Airline, Gunung Fuji dapat dilihat dari jendela perut kapal terbang yang dinaiki apabila hampir mendarat di bumi  Jepun. Sebab tu kena pilih seat tepi tingkap.


Ueno Park



Gunung Fuji


Tasik Gawaguchiko



Oze National Park


Itenerari perjalanan kami kali ini ialah ke Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Hokaido  dan Hashima-Shi Gifu selama tiga belas (13) hari. Disebabkan musim sejuk yang melanda bumi Saporro, maka pakaian sebanyak 3 lapisan kami kenakan. Pakaian tersebut ialah Long John(tights), Shirts & Winter Coat


Selain itu aksesori seperti sarung tangan, topi, scarf dan stokin adalah wajib dipakai pada sepanjang masa berada di sini terutamanya di Hokaido. Ini bertujuan untuk mengelakkan angin sejuk masuk ke dalam badan terutamanya buat anak-anak.


Shinkansen Super Express (Bullet Train)


Kereta api merupakan alat pengangkutan penting di Jepun, terutama untuk menghubungkan di antara bandar-bandar utama. Manakala,  komuter pula digunakan di dalam bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka. Jalanraya memang tak sesak tapi trainnya cukup sesak.


Ini ketika kami didalam Shinkansen Train. Dalam keretapi ini ada juga dijual kudap-kudapan.



Antara tempat-tempat menarik dan sesuai bercuti bersama anak-anak ialah :-

1. TOKYO


Tokyo Tower










Tokyo Disneyland

Menariknya Disneyland di Jepun berbanding di Hong Kong ialah lebih banyak  taman tema berkarakter kartun Disney di dalamnya dan keluasannya adalah dua kali ganda lebih besar. Apa yang penting ialah istana Disneynya lebih real dan besar. Maka, bolehlah anak saya Sara berangan menjadi puteri-puteri Disney bila berkunjung di sini.


Shibuya Crossing


Crossing yang paling sibuk di dunia dan shopping heaven on earth.




Sensoji Temple



Mini Statue of Liberty in Odaiba



Gundam in Odaiba

Gundam merupakan robot animasi dalam  rancangan televisyen di Jepun yang bertajuk "Mobile Suite Gundam" dan merupakan salah satu karakter dalam permainan PS4.


Tempozan Ferris Wheel

Ini ialah roda Ferris yang terletak bersebelahan dengan patung Gundam.

2. OSAKA



USJ (Universal Studio Japan)



Wonders of Japan - Selain Disneyland & Disneysea di Tokyo yang tiada duanya di dunia, kali ini kami bawa anak-anak ke satu lagi taman tema di Jepun iaitu Universal Studio Japan (USJ). Sejak ditubuhkan pada 2001, pengunjung tidak pernah kecewa apabila ke USJ. Kemuncak bermula apabila USJ secara rasminya membuka The Wizarding World of Harry Potter. Tema ini dikatakan hampir 100% sama seperti berada di dalam filem sekuel Harry Potter kerana kewujudan Black Lake dan kehadiran burung hantu sebenar di sekeliling istana Hogwarts yang tidak dapat dirasai di mana-mana Universal Studio di dunia termasuk di Orlando & Hollywood. Berbanding dengan USS, USJ adalah dua kali ganda lebih besar dan dibuka hingga 9:30 malam.






Osaka Aquarium

Dikenali sebagai Kaiyukan dalam bahasa Jepun, ini adalah salah satu tarikan utama Osaka dan salah satu akuarium terbaik di dunia. Anak-anak amat menyukainya!


Osaka Castle

Jika bertuah dan tepat pada waktunya kita mungkin dapat menikmati persembahan tentera samurai di perkarangan halaman istana.




Dotonbori


Selain longkang yang bersih penutup manhole pun cantik juga.


3. KYOTO



Sagano Bamboo Forest


Waktu malamlah yang paling ramai pengunjung menikmati keindahan di sini, bersuhu dingin dengan pohon-pohon buluh setinggi 15meter dan daun-daun buluh berdesiran di tiup angin. Suasana disini cukup nyaman dan tenang.



 Fushimi Inari Taisa (orange gate)

Fushimi Inari Taisha adalah sebuah kuil yang sehingga kini masih digunakan sebagai tempat peribadatan agama Shinto. Walaupun bangunan utamanya merupakan sebuah kuil, tetapi apa yang lebih popular di sini adalah deretan pintu-pintu gerbang  yang dibina khas dengan warna merah dan hitam dan dikenali sebagai Torii, yang didirikan berderetan di sekeliling kompleks kuil yang berbukit ini. Apabila kita terus menyelusuri jalannya, kita telah mendaki Bukit Inari, setinggi 233 meter.




Nishiki Market



Nishiki hanya sebuah pasar yang menjual pelbagai seafood dari hasil lautannya, sayur dan buah-buahan tempatan. Berhampiran dengan Nishiki Market ada persimpangan ke Teramachi Street & Shinkyogoku Street yang menawarkan cenderahati termurah di Jepun. 

4. NAGOYA

 Nagoya Castle

Dibina pada permulaan era Edo, Istana Nagoya merupakan antara istana yang terbesar di negara Jepun. Memasuki kawasan dalam istana ini pula, kita dapat melihat rekaan dalamannya yang cukup moden, ruangan dalaman istana ini kini digunakan sebagai muzium pameran kehidupan pejuang Jepun, Samurai.


Nagoya Science Museum

Nak tahu di mana letaknya salah satu planetarium yang terbesar di dunia? Ini lah dia Nagoya Science Museum. Memang puaslah dapat melihat pertunjukkan fenomena astronomi  pada skrin sfera gergasi di sini. Selain planetarium ini, anak-anak juga dapat melihat pelbagai pameran saintifik dan interaktif seperti Tornado Lab, Deep Freezing Lab dan Electric Discharge Lab. Dengar pun macam best kan? Kalau dah sampai, rugilah tak bawa anak-anak singgah.






Nagashima Onsen Illumination Light

Pesta cahaya di sambut di Osaka adalah yang paling cantik dan menarik untuk dinikmati bersama dengan anak-anak terutamanya di waktu malam. Pesta cahaya ini diadakan bertujuan mengingati kejadian gempa yang mengorbankan ratusan rakyat Jepun. Di samping pesta yang cantik derma amal juga di adakan bagi membantu keluarga mangsa gempa. Taman Nishinomaru ini bermandikan cahaya illumination dan ada juga terowong cahaya yang terpanjang.

5. HOKAIDO


Hokkaido merupakan salah satu pulau yang terbesar terletak di negara Jepun. Dalam peta Jepun, Pulau Hokkaido terletak di utara Jepun.





Kalau hendak rasa main salji paling putih, paling gebu dan halus di dunia ini. Datanglah ke bumi Hokaido. Sepanjang kami berada di sini, suhu paling sejuk adalah -6C.





Mount Hakodateyama


Tempat paling popular untuk merasai keindahan salji ialah di gunung Hakodateyama dengan ketinggian 334m dari aras laut. 



Shirakawago

TAKAYAMA; Pada Disember 1995 perkampungan Shirakawago telah dikategorikan sebagai perkampungan kebudayaan oleh UNESCO. Perkampungan tradisonal ini terletak di tengah-tengah dua banjaran gunung-ganang. Rumah-rumah dibuat dari kayu dan sememangnya tumpuan pelancong di musim sejuk.



Snow Sclupture at Sapporo Snow Festival 

Salain daripada replika yang di perbuat dari ais, di sini juga berlangsungnya Shiroi Koibito Park Air Jump. Banyak negara yang menyertai pertunjukkan ini yang terletak di tengah-tengah bandar Sapporo. Setiap tahun acara ini disambut pada bulan Februari di mana pada ketika itu salji sedang turun dengan lebatnya dan dipenghujung musim salji sebelum bertukarnya musim bunga pada bulan Mac nanti.

6. HASHIMA-SHI, GIFU



Apa pun bagi saya, percutian dengan anak-anak akan menjadi lebih bermakna dengan meninggalkan kenangan terindah dalam hidup mereka sebagai tatapan di hari kemudian.

Semoga pengalaman kami ini akan menjadi panduan buat anda yang hendak bercuti ke Jepun.

11.12.2018 - 私の心は原宿です
Hatiku Di Harajuku






Peta di atas adalah sebagai panduan bagi anda yang hendak ke Jepun.




3 comments:

  1. Assalamualaikum sis, boleh Sy dptkan email sis.. kalau xkeberatan boleh tak sis share itinerary trip ke Japan.

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Actually saya tiada proper itinerary. Di sbbkn keadaan cuaca yg tidak menentu banyak plan yg dibuat secara ad hoc. Namun perjalanan saya sememangnya beemula di Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Hokaido, Hashima-Shi Gifu dan perjalanan saya berakhir di Tokyo.

    ReplyDelete
  3. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Pun ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    ReplyDelete