Pages

THAILAND ; BERCUTI DENGAN ANAK KECIL KE DESTINASI INDAH






Memandangkan cuti sekolah hujung tahun yang panjang, maka bila pulang ke kampung di Kedah kami akan ke Thailand. Pintu masuk ke Thailand melalui Perlis ialah di Padang Besar atau pun melalui Wang Kelian. Tak sampai ke Bangkok selalu duit habis dah di sempadan. Shopping pelbagai barangan keluaran negara Thailand seperti gajus, selimut, periuk belanga dan mainan (alahai ni benda wajib bila bawa anak-anak)

 






Zoo di Thailand boleh drive through. Kiranya sama standard dengan zoo di Bandung-Jakarta. You can feed the animals from inside of your vehicles. Haiwannya pulak besar-besar dan amat jinak. Kau orang boleh bayangkan ala-ala safari ler gitu.




Patung tugu mermaid ni pula di Hatyai. Hatyai terkenal dengan pesisir pantainya yang panjang. Suasana angin laut yang sejuk dan halal food memang awesome sangat di sini. Di samping itu Hatyai juga mempunyai  Floating Market yang panjang di tepi sungai.






Sebab tu lah kalau kau orang pergi bercuti di oversea ni kekadang ingatkan susah nak dapat halal food. Tetapi sebenarnya sangkaan itu meleset. Di sebabkan makanan mereka yang murah dan sedap tak tahulah bila masa ada makan pagi atau petang. Sebab pantang nampak exspecially seafood memang drop by punyalah.


No comments:

Post a Comment