Pages

TIPS UNTUK MEREKA YANG PERTAMA KALI HENDAK BERCUTI


Di sini saya kongsikan tips-tips apabila kita hendak mula bercuti 


Untuk mereka yang merancang ke luar negara, pastikan tarikh passport masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh kita ke luar negara. Segera lanjutkan semula secara MyOnline Passport. Tetapi, bagi mereka yang ada anak di bawah 12 tahun harus ke kaunter pendaftaran Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen untuk lanjutkan tempoh passport. 





Untuk menukar matawang pula, saya nasihatkan supaya semak dulu dan buat survey di kaunter-kaunter money changer yang berhampiran keseluruhannya. Walaupun pertukaran mata wang asing adalah mengikut harga semasa tetapi setiap money changer tawarkan harga yang berlainan. Tengok pada harga jualan yang rendah boleh kita beli supaya dapat nilai tukar yang lebih tinggi. Ini adalah satu langkah penjimatan. 


Sambil usha (bahasa kedah : tengok/mengintai) tiket tambang murah, bolehlah kita sediakan itenerari seperti yang saya buat di atas ketika melancong ke Jepun. Itenerari boleh berubah-rubah mengikut cuaca dan jarak masa dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut jadual pengangkutan awam di sana.


Apabila berada di dalam perut kenderaan yang akan membawa kita ke destinasi yang hendak kita tujui maka hendaklah kita mulakan dengan membaca doa di atas agar selamat pergi dan pulang. Latih anak-anak untuk baca bersama.


Apabila masuk waktu solat hendaklah kita segera mengambil wuduk dan bersolat seperti gambar di atas.


Walaupun dalam bercuti tidak kiralah ke luar negara atau dalam negara, kita kena sentiasa jaga ibadah dan kebersihan. Sebelum menggunakan pinggan, mangkuk, sudu dan garpu kita hendaklah mencuci menggunakan sabun tahara yang dibuat dari tanah liat. Ini adalah cara beristinjak dalam islam untuk membersihkan diri dari hadas dan najis. 


Sentiasa bawa telekung, sejadah dan air untuk menunaikan solat. Jikalau berada di luar negara selalunya tempat solat adalah jauh dan kita hendaklah memilih tempat yang bersih dari kotoran najis.



Untuk mereka yang bercuti dengan anak-anak kecil keperluan mainan dan buku perlu disediakan untuk menggembirakan hati mereka bagi penerbangan yang lama. Sememangnya kapal terbang ada sediakan tetapi sebagai seorang ibu kita lebih mengenali minat dan kecenderungan anak kita terhadap permainan mereka.


Ini adalah adaptor bagi negara-negara tersebut yang harus kita miliki sebelum meneruskan perjalanan.


Saya cadangkan adaptor ini harus dimiliki bagi yang kaki makan angin disebabkan penjimatan. Adaptor ini boleh digunakan untuk 200 buah negara. Kalau setiap kali pergi setiap negara ada 1 adaptor, nanti banyak macam koleksi fridge magnetlah di rumah...πŸ˜‚


Ini adalah kod-kod yang digunakan bagi produk halal dan haram.


Ini pula panduan bagi ibu-ibu yang suka memasak untuk anak-anak apabila bercuti ke luar negara. Apabila kita masak mengikut resepi tempatan sesebuah negara, beberapa input  bahan yang tidak halal di dalam resepi asal/tradisional mereka perlu kita gantikan dengan bahan yang halal dan tanpa was-was. Jaga perut anak-anak kita justeru itu jaga ibadah anak-anak kita juga walaupun menikmati suasana melancong ke luar negara.




Ini adalah contoh traveler declaration form yang diedarkan sebelum kapal terbang mendarat. Kita wajib isi dengan jelas berkaitan apa jua barangan yang kita bawa. 





Untuk melepasi pemeriksaan kastam, adalah lebih baik kita buat senarai declaration seperti yang saya sediakan bagi makanan dan perubatan di atas. Ini akan memudahkan dan melancarkan lagi urusan kita yang membawa anak-anak yang suka makan...😁


Selalu encik suami pesan, "tak payah bawa banyak-banyaklah, macam nak pindah rumah" 🀣🀣 tup.. tup.. hari ni di hadiahkan saya baggage scale, supaya saya bawa barang yang perlu sahaja tidak melebihi timbangan. Terima kasih encik suami memahami saya😍😍. 

























Ini adalah logo-logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi produk halal di luar negara. Kalau kita membeli atau makan di restoran halal di luar negara, logo-logo ini ada dipaparkan.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu bagi mereka yang merancang hendak bercuti dan sedang menikmati percutian. πŸ˜„

TIPS MENABUNG UNTUK MELANCONG


1) SEDIAKAN TABUNG

Sediakan tabung yang dikhususkan hanya untuk melancong. Pastikan  setiap minggu dapat masukkan duit ke dalam tabung mungkin sebanyak RM50 (mengikut kemampuan tuan/puan). Atau pun buat tabungan secara harian seperti gambar yang telah saya sertakan dibawah. Nilai tabungan hendaklah sepadan dengan target destinasi percutian yang kita inginkan. Mesti disiplin. Jangan asyik nak beli tudung jer 😁. Sikit-sikit menabung lama-lama jadi bukit juga.

2) BUAT KERJA SAMPINGAN

Kalau hendak duit lebih dan cepat kenalah buat kerja tambahan seperti kerja part-time ; jual tupperware, jual make up, jual aksesori, jual mesin penapis air, sertai MLM dan buat jualan pre love. Tidak dinafikan mungkin akan letih sebab siang dan malam bekerja tapi begitulah lumrahnya hendak mencari pendapatan lebihπŸ’°. Ataupun buat perniagaan secara online. Selepas waktu bekerja di siang hari bolehlah mulakan business online pada sebelah malam hari. Ia amat mudah dengan hanya bekerja dari rumah dan tidak perlu keluar malam. Maka dengan ini kita tidak akan kelihatan letih untuk bekerja pada esok hari.

3) PATUHI SENARAI BELANJAWAN

Untuk pastikan kita tidak akan tersasar ketika berbelanja, maka kita perlu kawal untuk tidak berbelanja perkara yang tidak perlu. Oleh itu, kita perlu buat satu senarai perbelanjaan. Belanjawan ialah anggaran pendapatan yang diperolehi dan perbelanjaan yang akan dibuat untuk suatu tempoh masa tertentu dimasa akan datang. Senaraikan kos-kos barang keperluan seperti makanan, bil-bil eletrik, telefon, IWK, cukai dan air, belanja persekolahan anak dan lain-lain yang penting sahaja πŸ“‹.

4) KORBANKAN KEHENDAK BUKAN KEPERLUAN

Trend hari ini ramai yang suka food hunting dengan mencuba viral food yang kosnya agak mahal juga πŸ”. Cuba gantikan tabiat ini dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Seperti saya amalkan, saya hanya memasak di rumah biarpun pada hujung minggu. Diet keseimbangan makanan dan kesihatan perlu diamalkan dengan mematuhi pyramid makanan. Ini disebabkan kalau hendak bercuti kenalah jaga kesihatan juga. Berpuasa adalah lebih baik. Selain sebagai 1 ibadah, dengan berpuasa juga akan melatih perut kita untuk menerima makanan secara berjadual. Ini menjadikan satu latihan rutin bagi tempoh pengambilan makanan  apabila kita berada di luar negara nanti. Di samping itu, negara-negara yang kita lawati tidak semudah untuk kita mendapatkan bekalan nasi.

5. MAIN KUTU
Ini pun salah satu cara yang menyeronokkan dan mudah. Disebabkan bercuti secara berkumpulan dengan kawan-kawan, maka kaedah inilah yang paling sesuai. Di samping, itu duit kutu boleh digunakan sebagai pendahuluan apabila adanya tiket tambang murah. Jangan ada kawan yang tak mahu bayar bila tiba giliran sudah ler. Part ni scary. πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa-apa pun, InshaAllah semoga dipermudahkan usaha tuan/puan untuk menyimpan dan dimurahkan rezeki mengembara untuk melihat ciptaan dan kebesaran Allah. Sekiranya kita mempunyai niat, disiplin dan cita-cita yang tinggi pasti akan kecapi apa yang kita impikan. Bagi mereka yang hendak mencuba tips yang saya kongsikan ini, saya ucapkan selamat berjaya!πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻



APABILA HOBI KITA MELANCONG !



Mereka yang melancong dikira melakukan ibadah? Tanggapan bahawa ibadah itu hanya di tikar sejadah amatlah disalahertikan. Melancong ataupun makan angin sangat digalakkan di dalam Islam. Islam tidak melarang untuk melancong, asalkan tidak melanggar syarak atau membawa kepada dosa. 😊

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)



Percutian bersama keluarga juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang dan memberi ruang masa berkualiti untuk bersama. Memandangkan anak-anak semakin membesar maka banyak yang mereka boleh pelajari dari pengalaman yang dikutip di sepanjang perjalanan. Malah ini turut diterapkan dalam subjek-subjek di sekolah yang dipelajari seperti geografi, sejarah, reka bentuk teknologi dan sains.

Di samping itu anak-anak lebih berdisiplin dan bijak mengendalikan wang di sepanjang perjalanan. Kematangan akan mendewasakan mereka dengan menjadikan ikhtibar dari budaya di negara yang mereka lawati untuk diterapkan dalam nilai-nilai murni seharian apabila berada di tanahair sendiri.

Pada setiap negara yang telah kami lalui, dengan pelbagai perubahan musim, pelbagai kerenah sempadan, pelbagai bahasa dan pelbagai budaya, alhamdullillah anak-anak lalui dengan sabar dan tabah.

Cuti sekolah yang panjang selalunya kami manfaatkan bersama dengan melancong dalam dan luar negara. Di samping hobi melancong ini, anak-anak akan teruji dengan kepintaran mereka menulis postcard, mengumpul setem, mengumpul matawang dan memberikan lebih banyak idea untuk membuat karangan.


Tentang ibadah soal solat dan makanan minuman yang halal dan haram anak-anak sudah terbiasa menjalani kehidupan sebagai muslim di sepanjang perjalanan kami. Perkara ini tidak perlu dipersoalkan lagi kerana Di Mana Bumi Di Pijak, Di Situ Langitkan Dijunjung.


Hong Kong


Singapura


Thailand


Indonesia


Australia


Korea


Jepun


Turki